Rumah maksiat pendatang indon

HARIAN METRO
Selasa 20 November 2007

Rumah maksiat pendatang indon
Oleh Mary Victoria Dass
JOHOR BAHRU: Kewujudan 'rumah sardin' yang menjadi tempat bersekedudukan bagi pasangan berpura-pura sebagai suami isteri, semakin popular di kalangan warga indon apabila ia dijadikan lokasi maksiat dan pergaulan bebas sesama mereka di beberapa taman perumahan di sekitar bandar raya ini, kebelakangan ini.

Apa yang mengejutkan, sebahagian pasangan itu didapati semakin berani sehingga ada yang tinggal menyewa bersama lebih 10 pasangan lain di bawah satu bumbung, sehingga perbuatan itu menjejaskan sensitiviti masyarakat tempatan.

Mereka mendakwa mempunyai pertalian perkahwinan bagaimanapun difahamkan sering bertukar pasangan dan bergaul bebas di kediaman sama yang dijadikan sebagai 'port' maksiat.

Kegiatan itu terbongkar apabila pasangan warga indon berkenaan gagal memberi sebarang bukti atau menunjukkan dokumen sebagai suami isteri apabila jawatankuasa di sesebuah kawasan perumahan mencurigai tindakan mereka tinggal bersama.

Penduduk di Taman Bahagia, Kempas, di sini, Johaini Kamsin, 44, berkata trend tinggal serumah tanpa sebarang hubungan muhrim semakin menjadi kebiasaan di kalangan kumpulan warga indon sehingga terbabit dalam pelbagai gejala sosial, kebelakangan ini.

Beliau kecewa apabila kediaman sewa pekerja indon yang bercampur aduk lelaki dan perempuan itu dijadikan rumah pelacuran berikutan menjadi tempat warga indon memuaskan nafsu serakah.

Menurutnya, kumpulan pekerja indon berkenaan sanggup berpura-pura sebagai suami isteri berikutan khuatir tindakan mereka tinggal serumah dan menjadikan kediaman sebagai lokasi maksiat dihidu penduduk di sekitar sesebuah kawasan perumahan.

Katanya, bagaimanapun perbuatan itu terbongkar apabila pasangan berkenaan gagal menunjukkan sebarang dokumen perkahwinan biarpun mendakwa sebagai suami isteri.

"Sesebuah kediaman teres yang sesuai dihuni lapan sehingga 10 individu bagaimanapun sesak dengan kumpulan pekerja lelaki dan perempuan berkenaan sehingga mencecah 20 orang tinggal di sebuah rumah.

"Budaya negatif itu menimbulkan suasana luar biasa sehingga kurang disenangi penduduk sekitar," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk di Taman Kota Masai, di sini, Suradi Kadir, 48, berkata kumpulan pekerja indon yang tinggal bersekedudukan juga bertindak melampau apabila didapati gemar meminum arak sehingga berkelakukan kurang sopan di luar kediaman.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin